Carian
Google Ingin Memperkenalkan Tablet Android?
April 13, 2010 Aman

Setelah lama senyap tanpa sebarang berita berkenaan dengan tablet daripada Google, kini ianya bertiup kembali apabila beberapa laporan mengatakan yang mana Google sedang mengkaji kebaikkan dan keburukkan membangunkan tabletnya yang tersendiri.

Konsep Tablet Google
Konsep Tablet Google Yang Di Perlihatkan Sebelum Ini

Buat masa ini, masih kekurangan info berkenaan dengan tablet daripada Google itu, namun begitu, ianya dikatakan yang mana CEO Google, Eric Schmidt berkata yang mana tablet daripada Google kelak akan menggunakan Android dan bukannya Chrome OS.

Sebelum ini, Google pernah memperkenalkan telefon pintar mereka sendiri, Nexus One yang turut menggunakan Android, dan ianya tidak mustahil untuk Google membangunkan tablet mereka sendiri. Pada masa yang sama, selain daripada Google, Apple telah pun memperkenalkan iPad mereka, HP yang bekerjasama bersama Microsoft membangunkan tablet Slate mereka, serta Nokia yang ingin membangunkan tablet mereka sendiri, selain Mimos dengan tablet iDola mereka.

Komen