Akaun Berdaftar Twitter Melebihi Angka 105 Juta

Akaun Berdaftar Twitter Melebihi Angka 105 Juta

Diterbitkan pada Apr 15, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, hari ini, Twitter mempersembahkan data-data dan statistik laman Twitter.com kepada umum melalui acara Chirp yang diadakan oleh mereka. Chirp merupakan acara rasmi yang berkenaan dengan Twitter.

Melaluinya, Biz Stone, mengatakan yang mana kini, Twitter mempunyai lebih kurang 105,779,710 pengguna berdaftar, dan angka ini naik dengan drastik daripada hari ke hari. Ianya dikatakan yang mana lebih kurang 300,000 akaun didaftarkan setiap hari.

Selain daripada itu, dalam jangka masa sebulan, ianya menerima lebih kurang 180,000,000 (180 juta) pengunjung, dimana lebih kurang 75% daripadanya adalah daripada luar web Twitter.com. Hanya lebih kurang 25% pengguna sahaja menggunakan laman Twitter.com dan selebihnya, banyak bergantung kepada aplikasi desktop dan mudah alih.

Walaubagaimanapun, angka ini mungkin kurang tepat memandangkan ada segelintir pengguna Twitter mempunyai lebih daripada satu akaun. Walaubagaimanapun, ianya sesuatu yang menarik untuk diketahui yang mana Twitter kini telah mencapai lebih 105 juta akaun.


TIPS & ULASAN