Cari @ Amanz

Kini beberapa sumber mula memperkatakan yang mana berkemungkinan besar, Packet One akan menjual sebahagian daripada saham syarikatnya kepada pelabur luar. Ianya mungkin lebih kurang 5% daripada syarikatnya, dan antara yang dikaitkan adalah SK Telecom daripada Korea Selatan.

Walaubagaimanapun, ianya dikatakan masih lagi pada tahap perbincangan, dan masih tiada sebarang berita rasmi lagi. Namun begitu, ianya dikatakan penjualan tersebut mungkin membawa masuk dana sebanyak lebih kurang RM319 juta, dan akan digunakan dalam memperluaskan liputan mereka di Malaysia Timur dan juga Singapura.

Buat masa ini, P1 Wimax merupakan antara penyedia Wimax terkemuka di Malaysia dengan meliputi lebih 30% daripada Malaysia Barat, dan ianya dijangka akan diperluaskan lagi dari masa ke semasa. Packet One menjangkakan untuk meliputi lebih kurang 60% kawasan Malaysia Barat menjelang tiga tahun lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd