Lebih 100,000 Pengguna iPhone Di Malaysia

Lebih 100,000 Pengguna iPhone Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 15, 2010 oleh .

Kini, ianya dikatakan terdapat lebih 100,000 biji iPhone di pasaran tempatan kita. Selain daripada itu, pra-tempahan untuk iPhone daripada DiGi sudah pun mencapai angka 10,000 memandangkan harga yang ditawarkan DiGi kelihatan agak menarik.

Sebelum ini, Maxis memegang hak eksklusif untuk setahun iaitu sehingga tarikh semalam, dan kini, DiGi mendapat hak eksklusif selama tiga tahun untuk menjual iPhone di Malaysia. Walaubagaimanapun, harga jualan iPhone antara Maxis dan DiGi masih tiada perbezaan yang begitu ketara.

Memandangkan harga iPhone tidak boleh dikawal oleh DiGi, mereka mengambil strategi dengan menurunkan harga untuk servis mereka. Buat masa ini, liputan 3G bagi DiGi masih lagi agak kurang, namun begitu, liputan EDGE adalah lebih luas, dan stabil.

DiGi menjangkakan kawasan liputan 3G mereka akan meningkat kepada 50% pada penghujung tahun ini, dan terus meningkat pada tahun hadapan. Pada masa yang sama, DiGi juga dijangka akan membawa masuk model baru iPhone yang bakal dilepaskan tidak lama lagi dalam tahun ini.


TIPS & ULASAN