Talian Streamyx Menghadapi Gangguan

Talian Streamyx Menghadapi Gangguan

Diterbitkan pada Apr 15, 2010 oleh .

Petang tadi, seluruh warga internet Malaysia terpaksa melalui detik-detik yang tidak diingin apabila sambungan Streamyx menghadapi masalah, dimana ramai yang gagal mengakses internet, dan terpaksa melayari internet dengan kelajuan yang amat mendukacitakan.

Melalui respon rasmi pihak Telekom Malaysia melalui akaun Twitter mereka, ianya disahkan yang mana timbulnya masalah DNS routing untuk sambungan domestik dan juga antarabangsa sejak daripada pukul 5.30 petang tadi. Buat masa ini, mereka sedang dalam proses memperbaiki sambungan internet secara berperingkat.

Selain daripada Streamyx, beberapa penyedia lain juga turut dikatakan menghadapi masalah sambungan internet, termasuk Celcom Broadband dan juga AMAX Wimax.


TIPS & ULASAN