Jikalau sebelum ini para pengguna perlu menambah fail untuk attachment pada GMail secara manual, kini anda boleh menjimatkan masa anda itu dengan pengenalan fungsi drag-dan-drop pada GMail pada pelayar web Google Chrome ataupun Mozilla Firefox 3.6.
Muat-Naik Fail Pada GMail Melalui Drag-dan-Drop
Melaluinya, pengguna hanya perlu tarik fail-fail yang di-attach-kan dan seterusnya meletakkannya pada kotak penulisan emel, dan seterusnya fail-fail tersebut akan dimuat-naik pada emel dengan automatik. Perkara ini sekaligus menjimatkan masa anda, dimana anda tidak lagi perlu memuat-naik fail satu-per-satu seperti sebelumnya.
Buat masa ini, hanya Google Chrome dan Mozilla Firefox 3.6 sahaja disokong, dan banyak lagi pelayar web yang lain akan disokong dari masa ke semasa.