Silverlight 4 Di Lepaskan Kepada Pengguna

Silverlight 4 Di Lepaskan Kepada Pengguna

Diterbitkan pada Apr 16, 2010 oleh .

Seperti yang dinantikan, Microsoft kini telah pun melepaskan versi terkini Silverlight, iaitu Silverlight 4 yang mana boleh dimuat-turun dan digunakan sekarang. Sebelum ini, Microsoft telah pun mengumumkan yang mana Silverlight 4 akan dilepaskan pada minggu ini ketika pelepasan Visual Studio 2010.

Silverlight seperti diketahui ramai, merupakan plug-in tambahan untuk pelayar web yang mana menyokong kandungan multimedia, seperti mana yang dilakukan oleh Adobe Flash. Melalui Silverlight 4, sokongan luar pelayar web juga diintegrasikan, membolehkan anda membaca kandungan multimedia tanpa penggunaan pelayar web dengan mudah.

Bagi para pembangun yang menggunakan Silverlight dalam pembangunan, anda boleh membaca senarai fungsi baru pada Silverlight pada blog Tim Heuer, salah seorang pekerja Microsoft yang menerangkannya satu per satu. Pada masa yang sama, ianya merupakan ulang tahun ke-3 Silverlight, dan menariknya, kini Silverlight terdapat pada lebih 60% komputer dengan sokongan internet.


TIPS & ULASAN