Akses Ke Arkib Tweet Melalui Google

Akses Ke Arkib Tweet Melalui Google

Diterbitkan pada Apr 16, 2010 oleh .

Setelah pengenalan carian masa-nyata pada Google sebelum ini, kini Google membolehkan para pengguna mengakses kemaskini status pada Twitter dengan lebih menarik lagi, iaitu membolehkan anda mengakses kepada keseluruhan arkib tweet melalui kata kunci pilihan anda.


Contoh Carian Tweet Pada Google

Kini, anda boleh memilih kata kunci pilihan anda dan memainkannya semula mengikut masa yang anda inginkan, dan ketahui apakah yang diperkatakan oleh para pengguna pada sesuatu masa itu, ataupun ketahui siapakah pengguna pertama yang memperkatakan mengenai sesuatu topik itu.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Google menyokong carian tweet sehingga 11 Februari 2010 buat masa ini. Namun begitu, tidak lama lagi, Google akan menyokong tweet sehingga 21 Mac 2006, iaitu pada hari lahir Twitter. Dengan fungsi ini, mungkin anda tidak lagi akan ketinggalan dalam sesuatu topik yang hangat diperbincangkan.


TIPS & ULASAN