Mungkin selepas ini, para pengguna tidak lagi perlu risau untuk mencetak dokumen lagi apabila kini Google memperkenalkan percetakkan berasaskan perkomputeran awan. Melaluinya, anda turut boleh mencetak secara terus melalui sebarang gajet, termasuk telefon pintar anda.
Melalui projek Chromium, Google kini dalam proses membangunkan suatu fungsi baru yang mana bakal membolehkan komputer ataupun sebarang gajet dengan sokongan internet untuk berhubung dengan pencetak melalui perkomputeran awan. Ianya mungkin tiada sebarang masalah sekiranya anda ingin mencetak melalui komputer, tetapi sekiranya ingin mencetak melalui telefon bimbit dan sebagainya, mungkin anda menghadapi masalah, dan perkara ini bakal menyelesaikannya.
Ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan mungkin kita akan dapat melihat fungsi ini tidak lama lagi, yang mana bakal merevolusikan cara bagaimana kita menggunakan pencetak kita. Fungsi ini juga amat berguna bagi Chrome OS kelak.