Kini, secara rasminya, Office 2010, SharePoint 2010, Visio 2010, dan juga Project 2010 sudah pun mencapai tahap RTM iaitu Released to Manufacturing, dan ianya dijangka yang mana para pengguna bisnes akan dapat menggunakan Office 2010 seawal 12 Mei.
Pada 12 Mei kelak, ianya akan dilancarkan secara maya serentak diseluruh dunia, yang mana para peminat boleh mengikutinya melalui web. Walaubagaimanapun, Microsoft masih lagi belum mengumumkan tarikh bilamana para pengguna akan dapat mendapatkan Office 2010 secara rasmi.
Buat masa ini, para pelanggan TechNet dan juga MSDN boleh memuat-turun versi akhir perisian Office 2010 ini seawal 22 April, dan diikuti para pengguna lain tidak lama lagi.