Setelah hampir tiga minggu perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) daripada TM dilancarkan, iaitu UniFi, kini Telekom Malaysia mengeluarkan statistik mengatakan yang mana sudah terdapatnya 900 orang pengguna UniFi buat masa ini.
Pengenalan UniFi Secara Berperingkat [via]
Buat masa ini, UniFi hanya ditawarkan di empat buah kawasan di Lambah Kelang, iaitu Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam, Subang Jaya dan Bangsar dimana ianya menawarkan kelajuan sehingga 20 Mbps dan juga tawaran IPTV melalui sambungan internet khas berkelajuan 8Mbps.
Seterusnya, UniFi akan diperkenalkan dibeberapa kawasan berdekatan, iaitu Petaling Jaya, Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Cheras, Selayang, Puchong, Serdang, Klang, Kepong dan Wangsa Maju tidak lama lagi. TM menjangkakan yang mana UniFi akan diperluaskan ke lebih 22 kawasan menjelang Jun 2010, dan 22 kawasan lagi menjelang akhir tahun ini.
UniFi dijangka akan meliputi lebih 65% kawasan Lembah Kelang menjelang 2011, dan lebih 92% menjelang akhir tahun 2011. TM juga masih mengejar angka liputan lebih 750,000 perumahan menjelang hujung tahun ini.
Buat masa ini, UniFi ditawarkan secara percuma sehingga bulan Julai, atau 3,000 pelanggan baru, mana satu yang lebih cepat. Pada masa yang sama, TM juga memberikan peralatan dan kos pemasangan yang bernilai lebih RM1000 secara percuma kepada para pengguna mereka.