Facebook Mula Menekankan Fungsi Community Pages

Facebook Mula Menekankan Fungsi Community Pages

Diterbitkan pada Apr 21, 2010 oleh .

Selepas acara Chirp oleh Twitter pada minggu lepas, pada minggu ini kelak, Facebook pula akan mengadakan persidangan tahunan mereka bersama pembangun, dan beberapa fungsi baru sudah pun mula diperkenalkan pada ketika ini oleh Facebook.

Salah satunya adalah Community Pages. Walaupun ianya sudah beberapa minggu fungsi ini diperkenalkan, kini secara rasminya ianya diperkenalkan oleh Facebook. Fungsinya sama seperti Fan Page pada Facebook yang membolehkan anda berkongsi pendapat dengan rakan lain dengan minat yang sama. Walaubagaimanapun, beberapa perkara tambahan menjadikan Community Pages sedikit menarik berbanding Fan Pages.

Melalui Community Pages, anda akan diberikan peluang untuk mengendalikan halaman anda itu sehingga ianya mencapai populariti. Setelah ianya mencapai suatu tahap, ianya bakal diambil alih oleh Facebook, dan mungkin akan dikendalikan dan ditadbir secara automatik. Selain daripada itu, ianya juga dikatakan sekiranya sesuatu kemaskini status itu berkaitan dengan suatu Community Pages, ianya akan dimasukkan kedalamnya secara automatik. Pada masa yang sama, Community Pages juga akan mendapat tambahan maklumat daripada beberapa laman web seperti WikiPedia dan sebagainya.

Selain daripada Community Pages, Facebook juga memperkemaskini beberapa tetapan privasi dan juga memperbaiki lagi halaman profail supaya lebih menepati pengguna masa kini. Kini, beberapa maklumat pada profail seperti bandar semasa, tempat asal, tempat belajar, tempat bekerja dan sebagainya akan disambungkan kepada suatu halaman, membolehkan anda lebih terikat dan memudahkan anda berkomunikasi dengan rakan anda dari suatu lokasi yang sama.


Segalanya Di Pautkan Dengan Comunity Pages

Ianya dijangka, Communtiy Pages akan digunakan sebagai perantaraan untuk perkara ini. Selain daripada itu, anda juga diberikan lebih kuasa kepada kawalan privasi anda, membolehkan anda mengawal siapakah yang boleh melihat data-data dan maklumat diri anda di Facebook.


TIPS & ULASAN