Tiada Lagi Facebook Lite

Tiada Lagi Facebook Lite

Diterbitkan pada Apr 21, 2010 oleh .

Mungkin tidak diantara kita yang menggunakan Facebook Lite yang diperkenalkan oleh Facebook tidak lama sebelum ini bagi memudahkan pengguna dengan sambungan internet rendah melayari dan mengakses laman sosial tersebut dengan mudah. Malangnya, hari ini, Facebook mengumumkan penutupan fungsi tersebut.

Ianya sebelum ini dikatakan sebagai salinan laman Twitter kerana melalui Facebook Lite, kemaskini aplikasi tidak diperlihatkan, dan ditumpukan terutamanya kepada kemaskini status pengguna. Namun begitu, mulai hari ini, Facebook Lite ditutup, dan semua pengguna yang mengakses Facebook Lite akan dibawa secara terus ke laman rasmi Facebook.

Buat masa ini, masih tiada sebarang alternatif lain yang diumumkan oleh Facebook bagi pengguna dengan sokongan internet lemah, dan penutupan Facebook Lite ini membuatkan pengguna dengan sambungan internet lemah perlu membuka laman rasmi Facebook yang sedikit berat berbanding Facebook Lite.


TIPS & ULASAN