Cari @ Amanz

Ianya sudah setahun lebih berlalu sejak Yahoo! memperkenalkan Yahoo! Meme, dan kini mereka bergerak setapak kehadapan lagi, dengan mendapatkan sebuah nama domain yang amat menarik untuk servis mereka, iaitu Me.me.

Pembelian ini dikatakan adalah salah satu strategi penjenamaan dalam talian, dan mungkin Yahoo! mempunyai perancangan untuk memperluaskan lagi penggunaan Yahoo! Meme selepas ini. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang petanda memperlihatkan sebarang fungsi baru pada Yahoo! Meme sehingga sekarang.

Bagi yang tidak kenal Yahoo! Meme, ianya merupakan salah satu laman mikro-blog seperti Twitter, yang mana membolehkan para pengguna berkongsi gambar, video, lagu dan juga kemaskini status, dan menariknya tanpa had huruf.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd