Cari @ Amanz

Mungkin buat masa ini, kebanyakkan pengguna internet akan berfikir yang mana Facebook merupakan laman dengan pengguna paling ramai, mencatatkan sehingga angka 400 juta pengguna berdaftar. Namun menariknya, kini Skype mengatakan mereka mempunyai lebih 560 juta pengguna berdaftar sehingga hujung suku akhir ke-empat tahun lalu.

Sebelum ini, ianya merupakan sebahagian daripada eBay, tetapi kini tidak lagi, setelah ianya keluar dan menjadi badan persendirian. Pada penghujung tahun lalu sahaja, Skype sudah mempunyai lebih 39 juta pendaftaran baru, mencatatkan jumlah pengguna berdaftar kepada angka 560 juta.

Pada tahun 2009 sahaja, Skype mencatatkan lebih kurang 12 peratus daripada panggilan antarabangsa, mencatatkan peningkatan sebanyak 50%, dan pada suku tahun ke-empat 2009 yang lalu, 36% panggilan antara pengguna Skype merupakan panggilan video. Skype juga dikatakan akan menumpukan lagi pembangunan pada pembangunan teknologi persidangan video yang kian popular.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd