Cari @ Amanz

Kerjasama antara Facebook dan juga Microsoft maju setapak lagi apabila kini Microsoft memperkenalkan aplikasi pejabat mereka sebagai suatu aplikasi Facebook khas. Para pengguna yang berminat boleh mula menggunakannya dengan hanya menggunakan akaun Facebook dan menggunakannya melalui Facebook Connect di Docs.com.

Docs.com dibangunkan berdasarkan Offie 2010, dan ianya lebih kurang menyerupai fungsi-fungsi Office Web Apps. Melalui Docs.com anda boleh berkongsi dokumen melalui laman Facebook dengan mudah dan pantas. Docs membawakan fungsi asas Office 2010 seperti membuat dokumen baru, dan boleh mengendalikan fail Word, Excel dan juga PowerPoint.

Melaluinya, anda boleh membuat dokumen baru ataupun memuat-naik dokumen sedia ada daripada komputer anda, dan seterusnya berkongsi dengan rakan-rakan anda yang lain melalui Facebook, samada untuk berkolaborasi bersama untuk membangunkannya ataupun hanya sekadar berkongsi. Buat masa ini, Docs.com ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna dan ianya masih dilabelkan sebagai Beta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd