DiGi Memperkenalkan Kedai Dalam Talian

DiGi Memperkenalkan Kedai Dalam Talian

Diterbitkan pada Apr 22, 2010 oleh .

DiGi kini menjadi syarikat telekomunikasi tempatan pertama yang menawarkan kedai dalam talian tersendiri – DiGi Online Store, dimana melaluinya, anda boleh mendaftarkan nombor telefon, ataupun membeli telefon baru, dan ianya akan secara terus dihantarkan ke pintu rumah anda.


Antaramuka Laman Jual-Beli DiGi

Buat masa ini, tiga produk utama ditawarkan oleh DiGi, iaitu DiGi Prepaid SIM Pack, Prepaid Internet SIM Pack dan juga beberapa telefon bimbit yang terpilih. Anda juga boleh memilih tarikh bila yang penghantaran perlu dilakukan, dan ianya akan dihantarkan kepada anda secara percuma.

Walaubagaimanapun, iPhone dan telefon BlackBerry tidak ditawarkan melalui laman web tersebut buat masa ini. Dari segi pembayaran pula, tiga ilihan diberikan, iaitu samaada melalui CIMBClicks, Maybank2U ataupun menerusi PayPal.


TIPS & ULASAN