Cari @ Amanz

Ianya kini diura-urakan yang mana Google bakal melepaskan sistem operasi Android versi baru pada Google I/O pada bulan depan kelak. Melalui Android 2.2 Froyo yang bakal diumumkan, beberapa fungsi baru bakal diperkenalkan, termasuk kebolehan untuk mengemaskini aplikasi secara automatik.


Pilihan Automatik Update Pada Aplikasi [via]

Kini, ianya bakal memudahkan para pengguna lagi, dimana mereka tidak lagi perlu risau untuk mengemaskini aplikasi mereka di Android, dimana mereka boleh memilih pilihan untuk mengemaskininya secara automatik, dan tidak lagi perlu membazir masa menyemaknya satu persatu.

Ianya dijangka yang mana Android 2.2 akan dilepaskan secara rasmi pada Mei 19, ketika permulaan acara Google I/O. Menariknya, setiap peserta Google I/O kelak dijanjikan sebuah telefon bimbit percuma, antara Motorola Droid ataupun Nexus One.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd