Seperti yang dinantikan, acara pertama WordCamp di Malaysia pada tahun ini, telah pun mulakan pendafataran, dimana ianya merupakan sebuah acara berbayar. Bagi 50 pengguna pertama yang mendaftarkan diri dan membayar untuk WordCamp Malaysia 2010, mereka akan mendapat harga yang istimewa, iaitu RM150.
Sekiranya anda tidak berjaya menjadi 50 pengguna pertama, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM200 dimana bayaran ini adalah tetap sehingga sehari sebelum hari pendaftaran. Sekiranya anda gagal mendaftar dan ingin mendaftar secara terus di lokasi WordCamp Malaysia, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM250.
Harga yang dikenakan oleh pihak peganjur WordCamp Malaysia adalah termasuk untuk makanan tengahari, beberapa cenderamata WordPress, acara penuh 5 jam dan sebagainya. Jadi, siapakah yang antara anda akan ke WordCamp Malaysia 2010?