Cari @ Amanz

Setelah sekian lama ditunggu, ianya kini dikatakan yang mana YTL akan memulakan servis internet 4G mereka pada penghujung tahun ini, yang mana bakal membawakan pelbagai inovasi besar pada teknologi mudah-alih negara.

Untuk menjayakannya, YTL melaburkan hampir $2.5 billion untuk membawakan liputan di rantau Semenanjung Malaysia memandangkan pihak mereka hanya mendapat lesen untuk menjayakan rangkaian WiMax dengan gelombang 2.5Ghz di rantau Semenanjung Malaysia. Menariknya, lesen WiMax di Malaysia adalah percuma berbanding dengan negara-negara lain yang mengenakan caj sehingga berbillion ringgit untuk mendapatkannya.

Pada masa yang sama, wakil YTL turut memperkatakan berkenaan dengan teknologi mudah-alih 4G di BarCamp Kuala Lumpur baru-baru ini. Umum mesti sudah sedia ketahui berkenaan dengan teknologi WiMax yang digunakan oleh P1 merupakan salah satu cabang 4G, dan satu lagi adalah teknologi LTE iaitu Long-Term Evolution.


Wakil YTL, Kegan Pada BarCampKL

Jadi, apakah itu LTE? Melalui teknologi mudah-alih 4G, LTE membolehkan para pengguna memuat-turun sehingga 100 megabits sesaat pada telefon mudah alih mereka, berbanding dengan 3G yang membolehkan muat-turun sehingga 20Mbps dan WiMax yang membolehkan sehingga 40Mbps. Ianya juga dikatakan yang mana LTE bakal menjadi generasi baru bagi rangkaian telekomunikasi didunia tidak lama lagi.

Selain daripada itu, salah satu kelebihan LTE adalah kelajuannya dan juga sokongan teknologi terdahulu seperti 2G dan 3G memandangkan ianya merupakan sebahagian daripada teknologi GSM. Ini juga membolehkan penyedia telekomunikasi seluruh dunia menaik-taraf telekomunikasi mereka tanpa menjejaskan talian sedia ada. Buat masa ini, ianya dikatakan sudah terdapat lebih 59 komitmen rangkaian LTE di lebih 28 negara, berbanding dengan 559 rangkaian WiMax seluruh dunia.

YTL dikatakan akan memperkenalkan servis WiMax mereka seawal bulan Julai tahun ini, dan pelancaran rasmi untuk komersial akan bermula pada Disember 2010 ini. Untuk menjayakannya, YTL kini berkerjasama bersama dengan Cisco, Clearwire, GCT dan juga Samsung.

Nota : YTL kelak akan menggunakan WiMax untuk perkhidmatan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd