WOFF Sebagai Standard Baru Dunia Web?

WOFF Sebagai Standard Baru Dunia Web?

Diterbitkan pada Apr 27, 2010 oleh .

Setelah pelbagai perbincangan dan sebagainya, kini Microsoft, Mozilla dan juga Opera bekerjasama dalam usaha untuk memperkenalkan sebuah standard baru, iaitu Web Open Font Format. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan cara bagaimana sesebuah tulisan (font) itu diperlihatkan di web.

Melalui Web Open Font Format, pembangun pelayar web ingin memperkenalkan sebuah cara yang mudah untuk mengubah format font kepada bentuk WOFF (Web Open Font Format) supaya ianya boleh digunakan pada web dengan mudah, dan ianya memperlihatkan bentuk tulisan yang lebih kurang serupa dengan apa yang diperlihatkan di desktop.

Buat masa ini, proposal untuk WOFF telah dihantarkepada W3C supaya dijadikan sebuah standar dalam pembangunan web, malah Firefox 3.6, Opera dan juga Internet Explorer 9 dijangka akan menyokong standard ini. Pada masa yang sama, pihak Chromium juga telah menyatakan sokongan untuknya.


TIPS & ULASAN