Opera 10.52 Untuk Windows dan Mac Di Lepaskan

Opera 10.52 Untuk Windows dan Mac Di Lepaskan

Diterbitkan pada Apr 27, 2010 oleh .

Pembangun pelayar web Opera, hari ini telah melepaskan Opera 10.52 untuk Windows dan juga Mac, yang mana membawakan kemaskini sekuriti dan juga kestabilan. Pada masa yang sama, ianya membawakan kepantasan pelayaran yang lebih pantas daripada sebelumnya.

Opera Software mengalakkan semua pengguna pelayar web mereka mengemaskini kepada versi baru ini, dimananya, sejak kemaskini terakhir, Opera 10.52 membawakan beberapa perubahan kecil, seperti kemaskini antaramuka pada beberapa perkara, penambah-baikkan fungsi chat (sembang), Opera Unite dan Opera Widgets untuk desktop yang diperbaiki lagi kestabilannya.

Para pengguna pelayar web Opera boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dan mencubanya dikomputer anda, dimana kepantasannya dikatakan mengalahkan pelbagai pelayar web yang lain.


TIPS & ULASAN