Google Earth Di Integrasikan Pada Google Maps

Google Earth Di Integrasikan Pada Google Maps

Diterbitkan pada Apr 27, 2010 oleh .

Google kini menambah-baik lagi fungsi kepenggunaan Google Maps dengan memperkenalkan fungsi baru yang dipanggil Earth View membolehkan para pengguna melihat Google Maps daripada perspektif Google Earth secara terus melalui pelayar web mereka.


Google Earth Pada Google Maps

Setelah memperkenalkan Google Earth pada pelbagai platform, termasuk iPhone dan juga Android, kini Google membolehkan para pengguna dengan mudah melihat sesuatu kawasan dalam bentuk 3D dengan lebih mudah, iaitu secara terus daripada Google Maps.

Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun dan memasang plugin Google Earth pada pelayar web anda, dan seterusnya ianya akan memudahkan navigasi dan pengendalian data geografi pada pelayar web anda dalam bentuk 3D melalui Google Maps.

Buat masa ini, plugin ini menyokong pengguna Windows yang menggunakan Google Chrome, Internet Explorer 7 dan terkini, Firefox 2.0+; serta pengguna Mac yang menggunakan Safari 3.1+ dan juga Firefox 3.0+. Mungkin pengguna Linux perlu tunggu sedikit


TIPS & ULASAN