Carian
Pengurusan Akaun Lebih Mudah Di Firefox
April 28, 2010 Aman

Selain daripada Google dan Facebook yang ingin menyeragamkan identiti di internet, Mozilla turut ingin melakukan perkara yang lebih kurang serupa tetapi melalui pelayar web mereka, Firefox, dan juga addon Account Manager.

Pada masa kini, setiapa laman web memerlukan anda log masuk secara manual, dan mungkin menganggu sedikit aktiviti anda. Namun begitu, dengan adanya Firefox Account Manager, anda mempunyai kawalan yang lebih terkawal, dimana anda boleh log masuk dan keluar secara terus melalui pelayar web.


Log Keluar dan Masuk Dengan Mudah [via]

Account Manager dikatakan bakal diintegrasikan pada Firefox tidak lama lagi, dan buat masa ini, ianya didatangkan dengan sokongan identiti seperti Facebook, Google, Yahoo! dan beberapa lagi.

Komen