Kenali Lebih Banyak Laman Melalui Google Similar

Kenali Lebih Banyak Laman Melalui Google Similar

Diterbitkan pada Apr 28, 2010 oleh .

Inovasi demi inovasi sering diperkenalkan oleh Google, dan terkini, mereka memperlihatkan suatu fungsi baru, iaitu memperlihatkan laman web yang lebih kurang serupa dengan laman yang anda sukai atau gemarkan.

Ianya lebih kurang serupa dengan fungsi Similar yang terdapat pada carian Google, dimana disetiap penghujung URL hasil carian, sebuah pautan Similar akan diperlihatkan. Namun begitu, ianya dikatakan fungsi tersebut tidak mendapat begitu banyak sokongan.

Untuk mengatasinya, kini Google memperkenalkan fungsi Similar Pages, dimana melaluinya, pada penghujung setiap hasil carian kelak, ianya akan memperlihatkan laman-laman yang berkaitan dengan hasil carian anda akan diperlihatkan dipenghujung halaman hasil carian.

Ianya merupakan salah satu usaha yang bagus daripada Google, selain memudahkan para pengguna mengenali lebih banyak laman-laman yang serupa dengan laman yang mereka minati, sekaligus memberikan trafik percuma kepada laman-laman yang kurang dikenali itu.


TIPS & ULASAN