Pemain Video Baru Di YouTube

Pemain Video Baru Di YouTube

Diterbitkan pada Apr 29, 2010 oleh .

Baru-baru ini, YouTube telah pun memperkenalkan antara muka yang serba baru, dan hari ini mereka memperkenalkan pemain video yang baru pada YouTube, yang mana kelihatan amat menarik sekali berbanding pemain video yang sebelumnya.


YouTube Baru

Pemain video yang baru ini tampak lebih menarik dengan antaramuka yang seperti gelas, selain mengubah beberapa kedudukan seperti, kedudukan pengawal bunyi (volume) ke sebelah kiri. Selain daripada itu, ianya juga kelihatan yang mana timeline pada pemain video menjadi kecil secara automatik apabila tetikus tidak digerakkan buat masa yang lama.

Buat masa ini, hanya beberapa video sahaja yang boleh dilihat dengan pemain yang baru ini, dan mungkin tidak lama lagi, ianya akan diperkenalkan kepada semua video di YouTube.


TIPS & ULASAN