Buat masa ini, mungkin ramai yang sudah mengenali akan OfficeKami.com, iaitu salah satu projek komuniti daripada pembangun WeddingKami. Menariknya, kini mereka dalam proses membangunkan aplikasi mudah-alih untuk OfficeKami, dan ianya memerlukan beberapa penguji terlebih dahulu sebelum dilancarkan secara rasmi.
Antaramuka Aplikasi Mudah Alih OfficeKami
Seperti sedia maklum, kini terdapat pelbagai jenis sistem operasi mudah-alih, seperti iPhone OS, Android, Windows Mobile, BlackBerry OS, Symbian dan banyak lagi, dan pihak pembangun OfficeKami ingin memastikan yang mana aplikasi OfficeKami versi mudah-alih ini dapat digunakan dalam semua sistem tanpa sebarang masalah, dan untuk menjadikannya kenyataan, usahasama pelbagai pihak diperlukan. Maklumbalas berkaitan dengan aplikasi mudah-alih OfficeKami ini juga amat dinantikan pihak pembangun.
Pada masa yang sama, sekiranya anda mempunyai sebarang idea ataupun aplikasi yang ingin dibangunkan untuk OfficeKami, anda boleh menghubungi terus pihak OfficeKami, dan menjadikan laman tersebut lebih interaktif dan menarik lagi.
Mengenai OfficeKami
OfficeKami merupakan projek komuniti daripada pihak pembangun WeddingKami, dimana ianya merupakan sebuah blog dan web interaktif, menawarkan pelbagai maklumat dan informasi berguna berkaitan sesuatu tempat yang mana boleh dijadikan sebagai lokasi untuk pejabat mudah-alih anda, yang mana, pejabat mudah-alih kini menjadi trend dalam industri perkomputeran seluruh dunia.
Melalui laman OfficeKami ini, anda boleh menyumbangkan dan pada masa yang sama mendapatkan informasi berguna berkaitan sesuatu lokasi, daripada jenis makanan yang ditawarkan, WiFi, kemudahan tambahan berdekatan lokasi, seperti surau, tandas, parking, serta kemudahan yang disediakan di lokasi. Anda juga boleh menghantar ulasan anda berkenaan sesuatu lokasi itu, dan berkongsinya bersama seluruh dunia.