Cari @ Amanz

Mungkin pengguna BlackBerry sudah sedia maklum yang mana RIM akan memperkenalkan sistem operasi yang baru tidak lama lagi, BlackBerry OS 6.0. Melaluinya, pelbagai perkara baru yang bakal diperkenalkan pada BlackBerry kelak.

Walaupun terdapat beberapa paparan antaramuka baru kelihatan sebelum ini, kini sebuah video khas memperlihatkan segala fungsi baru yang bakal BlackBerry OS 6.0 bawakan. Antaranya adalah:

  • Pemain media yang baru dengan kebolehan muat-turun muka album, dan diperlihatkan dalam bentuk media library.
  • Aplikasi YouTube yang serba baru dengan pemain video yang amat menarik sekali. Fungsi skrin penuh dan paparan landscape juga turut diperkenalkan.
  • Kalendar yang ditambah-baik dengan pelbagai fungsi baru dan diintegrasikan bersama senarai rakan.
  • Pelayar web yang diperbaiki dengan fungsi tab dan menggunakan WebKit.
  • Sebuah aplikasi khas untuk menguruskan segala rangkaian sosial anda dengan mudah.

Buat masa ini, ianya masih belum diumumkan secara rasmi bilakah BlackBerry OS 6.0 akan dilepaskan secara rasmi kepada para pengguna. Namun begitu, antaramukanya kelihatan agak menarik, dengan pelbagai fungsi baru yang agak menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd