Seperti yang dinantikan, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx LTS telah pun dilancarkan secara rasminya semalam, yang mana membawakan antaramuka dan rekabentuk yang serba baru dengan tambahan beberapa fungsi baru. Pada masa yang sama, Ubuntu 10.04 membawakan sokongan jangka masa panjang, iaitu sehingga 3 tahun lamanya untuk versi desktop.
Skrin Boot Ubuntu
Seperti yang sedia diketahui sebelum ini, Ubuntu 10.04 memperkenalkan rekabentuk yang serba baru, menyerupai ala-ala seperti Mac OS X, dengan penggunaan warna putih dan ungu yang amat memikat hati. Pada masa yang sama, masa untuk boot juga kini lebih pantas berbanding sebelumnya.
Tema Baru Ubuntu
Selain daripada tema baru, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx turut membawakan sehingga 15 wallpaper baru, serta skrin log masuk dan boot-splash yang serba baru dan menarik. LinuxMalaya menulis dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan pelancaran Ubuntu 10.04 yang baru ini, dan sekiranya anda merupakan pengguna Linux atau Ubuntu yang baru, anda boleh memuat-turun Manual Ubuntu dan dalami lagi ilmu anda berkaitan Ubuntu.