Microsoft Menghentikan Projek Courier

Microsoft Menghentikan Projek Courier

Diterbitkan pada Apr 30, 2010 oleh .

Mungkin ramai yang sudah lama nantikan PC tablet daripada Microsoft yang mana dinamakan Courier. Namun begitu, amat mendukacitakan apabila kini Microsoft mengesahkan yang mana mereka akan menghentikan projek tersebut dan sekaligus tidak akan mengeluarkan PC tablet tersebut.

Microsoft mengatakan yang mana mereka gemar membangunkan idea baru dan teknologi baru, namun begitu tidak kesemuanya berakhir dengan produknya dipasaran. Dan Courier merupakan salah satu daripadanya. Walaubagaimanapun, mungkin Courier merupakan hanya langkah pertama, dan mungkin akan keluar PC tablet yang lebih canggih daripada Microsoft pada masa hadapan.

Tablet Courier

Bagi yang tidak ketahui berkenaan Courier, ianya merupakan sebuah tablet dengan skrin kembar, yang mana boleh dilipat seperti buku.


TIPS & ULASAN