HP Hentikan Projek Tablet Windows 7?

HP Hentikan Projek Tablet Windows 7?

Diterbitkan pada Apr 30, 2010 oleh .

Setelah pembelian Palm oleh Hewlett-Packard semalam, kini HP dikatakan akan menghentikan pengeluaran tablet Windows 7 daripada mereka yang dipanggil sebagai Slate dan pernah diperlihatkan sebelum ini di CES 2010 pada bulan Januari yang lepas.

Ianya dikatakan yang mana HP tidak berpuas hati dengan Windows 7 sebagai sistem operasi untuk PC tablet dan menamatkan projek tersebut. HP juga turut dikatakan akan menghentikan penggunaan hardware yang berasaskan Intel dalam pembangunan Slate mereka kerana dikatakan sebagai Intel menggunakan terlalu banyak tenaga.

HP Slate
Tablet Dari HP [via]

Namun begitu, ianya dikatakan yang mana Slate akan masih menemui pengguna dipasaran, namun mungkin dengan sistem operasi yang berbeza. Dengan pembelian Palm, mereka mendapat akses kepada sistem operasi mereka, iaitu WebOS, yang mana mungkin diubah supaya serasi dengan PC tablet. Atau mungkin juga HP akan menggunakan sistem operasi sumber terbuka seperti Android ataupun Chrome OS.

Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi rasmi daripada pihak Hewlett-Packard keatas PC tablet yang sebelum ini dikatakan akan menemui pengguna pada pertengahan tahun ini.


TIPS & ULASAN