Firefox.Next Membawakan Panel Pengurusan Add-On

Firefox.Next Membawakan Panel Pengurusan Add-On

Diterbitkan pada Mei 1, 2010 oleh .

Mozilla terus membawakan inovasi dan pelbagai perkara baru pada Firefox.Next. Setelah memperkenalkan antaramuka yang baru, kini Mozilla mengintegrasikan panel pengurusan add-on yang amat menarik sekali.


Panel Pengurusan Add-On Yang Baru [via]

Untuk mengaksesnya, para pengguna hanya perlu menaip about:addon pada kotak alamat, dan panel pengurusan add-on akan diperlihatkan, membolehkan anda menguruskan addon dengan mudah dan senang.

Panel pengurusan ini menggunakan JavaScript, dimana anda perlu membolehkan penggunaan JavaScript pada pelayar web anda untuk boleh menggunakannya. Bagi pengguna yang ingin mencuba Firefox versi pembangunan, ataupun Firefox.Next, anda boleh memuat-turunnya daripada laman rasmi versi pembangunan, dan uji sendiri fungsi baru ini.


TIPS & ULASAN