Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan aplikasi rasmi untuk BlackBerry dan juga iPhone, kini Twitter turut memperkenalkan aplikasi rasmi mereka khas untuk pengguna Android, dimana mereka sudah boleh memuat-turunnya sekarang dan mencubanya dan bandingkan dengan aplikasi lain yang sedia ada.


Antaramuka Aplikasi Twitter Pada Android

Melaluinya, kini pengguna Android sudah boleh berkongsi pautan, dan gambar dengan lebih mudah dan senang. Untuk menjayakannya, Twitter telah bekerjasama bersama dengan pasukan Android untuk menjadikannya realiti.

Kini, pengguna Android boleh memuat-turun aplikasi rasmi Twitter ini daripada Android Market secara percuma. Walaubagaimanapun, buat masa ini, hanya pengguna Android 2.1 dan terkini sahaja disokong. Kod sumber aplikasi ini juga dijangka akan dilesenkan dibawah lesen sumber terbuka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd