8.5% Laman Di Internet Menggunakan WordPress

8.5% Laman Di Internet Menggunakan WordPress

Diterbitkan pada Mei 2, 2010 oleh .

Seperti WordCamp Malaysia, WordCamp San Fransisco telah pun diadakan untuk dua hari, iaitu semalam dan hari ini. Dan menariknya, memandangkan ramai yang ternama berkongsi ilmu di WPSF, beberapa info menarik berkaitan dengan WordPress dan yang berkaitan dengannya telah dibentangkan oleh ramai pihak, termasuk Matt.

Salah satunya adalah, dimana ianya kini dikatakan dimana 8.5% daripada keseluruhan laman web di internet menggunakan aplikasi WordPress dalam pembangunan mereka. Walaupun angka tersebut kelihatan mungkin sebagai kecil, ianya merupakan antara pencapaian yang memberangsangkan memandangkan angka tersebut meliputi sehingga jutaan laman web di internet.

Pada masa yang sama, pembangun BuddyPress juga telah mengumumkan dimana mereka akan mengeluarkan kemaskini plugin laman sosial untuk WordPress dalam masa terdekat, mungkin bulan hadapan. BuddyPress merupakan salah satu plugin yang membolehkan pemasangan WordPress anda ditukar menjadi suatu laman sosial.

Selain daripada itu, IntenseDebate, iaitu salah satu platform untuk meninggalkan komen milik Automattic kini membolehkan pengintegrasiannya bersama dengan blog anda pada WordPress.com, sekaligus membolehkan pengurusan komen anda di laman WordPress.com lebih senang dan mudah dengan Intense Debate untuk WordPress.com.

WordPress 3.0 dijangka akan dilepaskan pada bulan ini yang mana bakal membawakan pelbagai perkara baru, termasuk tema asas yang baru – TwentyTen mengantikan tema sebelum ini, Kubrick. Pada masa yang sama, pelbagai fungsi baru juga akan diperkenalkan bersamanya.


TIPS & ULASAN