Maxis Kini Menawarkan Telefon Android

Maxis Kini Menawarkan Telefon Android

Diterbitkan pada Mei 3, 2010 oleh .

Setelah membawa iPhone dan BlackBerry, kini Maxis langkah setapak kehadapan lagi dengan menawarkan lebih lima telefon pintar Android, terdiri daripada pelbagai jenama, termasuk Samsung, HTC, LG, Motorola dan juga Sony Ericsson.

Maxis membawakan lima jenama berlainan dengan iaitu Samsung Galaxy i7500 berharga RM799, HTC Legend pada harga RM1399, LG GW620 bernilai RM1099, Motorola Milestone pada harga RM1899 dan paling mahal sekali, Sony Ericsson Xperia X10 pada harga RM2199.

Kesemuanya membawakan sistem operasi Android, dimana Maxis mengatakan yang mana lebih 50,000 ditawarkan melalui Android Market untuk pengguna muat-turun, yang mana hampir 60% daripadanya adalah percuma. Maxis juga menjangkakan yang mana mereka akan menjana lebih 50% pendapatan dalam tempoh dua tahun ini melalui penjualan telefon Android.

Para pelanggan yang ingin mendapatkan telefon bimbit Android ini daripada Maxis, perlulah melanggan kepada sebarang pelan Value Plus Maxis yang didatangkan dengan pakej data, selama lebih 12 bulan.


TIPS & ULASAN