Cari @ Amanz

Hari ini, penyedia pemendek URL terkemuka, Bit.ly membuar perubahan antaramuka pada laman mereka dimana mereka memperkenalkan antaramuka baru yang lebih memudahkan para pengguna untuk memendekkan URL selain menggunakan fungsi tambahan padanya dengan mudah.


Antaramuka Baru bit.ly

Versi baru Bit.ly ini dipanggil sebagai Fugu oleh mereka, membawakan fungsi yang ditambah-baik, selain membolehkan para pengguna berkongsi pautan dengan mudah bersama yang lain. Panel pengurusan pautan juga kini boleh diakses dengan lebih mudah lagi.

Mungkin ini adalah langkah pertama Bit.ly untuk memperkenalkan pelbagai fungsi menarik lagi pada masa hadapan, selain bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Twitter melancarkan servis pemendek URL mereka tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd