Fungsi Embed Tweet Akan Di Perkenalkan Twitter

Fungsi Embed Tweet Akan Di Perkenalkan Twitter

Diterbitkan pada Mei 4, 2010 oleh .

Sama seperti anda menyertakan video daripada YouTube ataupun fail persembahan daripada SlideShare, kini anda turut boleh menyertakan tweet daripada Twitter dengan mudah bermula daripada esok membolehkan anda dengan mudah menyertakan sesuatu tweet itu tanpa perlu membuat screenshot seperti dulu.

Umum mesti sudah ketahui yang mana banyak blog yang menggunakan Twitter sebagai sumber untuk menulis berita dan artikel, dan dengan kebolehan menyertakan tweet dengan mudah pada blog atau laman web, ianya sekaligus akan memudahkan para penulis untuk memberikan kredit dengan mudah, atau menjadikannya rujukan dengan lebih mudah berbanding sebelumnya.

Bagi para pengguna yang ingin melihat contoh penggunaannya, anda boleh ke halaman Twitter Media dan melihatnya dalam aksi. Menarik bukan?


TIPS & ULASAN