Penggunaan Internet Explorer Terus Merosot

Penggunaan Internet Explorer Terus Merosot

Diterbitkan pada Mei 5, 2010 oleh .

Setelah sekian lama, kini Microsoft menghadapi masalah besar apabila mereka sedang mengalami kekalahan dalam penggunaan pelayar web mereka, Internet Explorer dimana penggunaan Internet Explorer buat pertama kalinya turun dibawah 60% penggunaan.

Sebelum ini, Internet Explorer mencapai lebih 60% penggunaan ketika 1999, dimana mereka mengalahkan Netscape pada ketika itu. Namun begitu, dengan adanya Firefox, Chrome dan Opera buat masa sekarang, mereka menghadapi masalah dalam terus menjadi pelayar web yang digunakan pengguna.

Melalui statistik terkini daripada Net Applications, Internet Explorer kini hanya mencapai 59.95% penggunaan di kalangan pengguna internet. Pada masa yang sama, Firefox mencapai 25%, manakala Chrome sudah pun mencapai angka 6.7% dan Opera mencapai 2.3% penggunaan.

Buat masa ini, Microsoft sedang dalam usaha membangunkan pelayar web versi baru, iaitu Internet Explorer 9, yang mana bakal membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan kepada HTML5 dan sebagainya. Ianya masih lagi belum diketahui bilakah ianya akan dilepaskan kepada umum.


TIPS & ULASAN