Beta Terbaru Chrome Makin Menarik dan Laju

Beta Terbaru Chrome Makin Menarik dan Laju

Diterbitkan pada Mei 5, 2010 oleh .

Terkini, melalui Chrome 5 Beta, pelayar web daripada Google terus berevolusi dengan membawakan kepantasan pelayaran yang amat mengejutkan, beserta dengan beberapa fungsi-fungsi baru hasil sokongan kepada HTML5 serta penambah-baikkan beberapa fungsi sedia ada.


Bandingan Kelajuan Chrome Pada Ujian V8 dan SunSpider

Melalui versi beta terbaru Chrome, pembangun telah menambah-baik enjin V8 yang digunakan membawakan peningkatan sehingga 35% dalam kelajuan pelayaran yang diuji pada enjin ujian V8 dan SunSpider. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sehingga 305% jikalau dibandingkan dengan versi beta pertama yang dilepaskan oleh Google.

Selain daripada kepantasan pelayaran, versi beta Chrome terbaru juga membawakan pelbagai fungsi HTML5 seperti sokongan API geolokasi, App Cache, sokongan drag-dan-drop, dan sokongan web sockets. Pada masa yang sama, versi beta terbaru ini mengintegrasikan plug-in Adobe Flash Player, dimana anda akan secara automatiknya menerima kemaskini untuk Flash Player setiap kali kemaskini untuknya dikeluarkan.

Selain daripada itu, ia juga membolehkan anda sync lebih daripada bookmark, seperti mana anda sudah boleh sync-kan beberapa perkara tambahan, seperti penggunaan tema, bahasa, tetapan pelayar web dan sebagainya. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan extension yang sedia terpasang ketika melayari Chrome dalam mood incognito.

Bagi pengguna yang ingin menguji fungsi terbaru ini, dan mencuba sesuatu yang baru pada Chrome beta ini, anda boleh memuat-turunnya secara percuma untuk sebarang platform, termasuk Windows, Mac ataupun Linux.


TIPS & ULASAN