Cari @ Amanz

Walaupun terdapat beberapa sistem operasi sumber terbuka seperti Android dan MeeGo, kini ianya diura-urakan yang mana Motorola bakal membangunkan sistem operasi mudah-alih mereka tersendiri dengan pembelian Azingo oleh Motorola baru-baru ini.

Mungkin ramai yang tidak pernah terdengar akan nama Azingo Mobile, iaitu sebuah platform mudah-alih yang menyediakan beberapa aplikasi asas, termasuk sebuah pelayar web berasaskan Web-kit, sokongan Flash, dan didatangkan dengan aplikasi untuk pembangun.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Motorola, dan masih tidak diketahui bagaimana mereka akan mengaplikasikan sistem operasi tersebut, memandangkan kini banyak telefon bimbit keluaran Motorola mengguna-pakai Android. Pada masa yang sama, kini, pasaran terlalu tepu dengan beberapa sistem operasi mudah-alih, dan hadir dengan sesuatu baru dianggap sebagai suatu perkara yang berisiko tinggi, memandangkan tidak banyak aplikasi yang disokong buat masa ini.

Mungkin Motorola boleh melakukan sesuatu baru dengan mengintegrasikan Azingo Mobile bersama Android, dan menawarkan sesuatu yang menarik untuk para penggunannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd