Microsoft Menlo Sebagai Ganti Windows Pada Tablet?

Microsoft Menlo Sebagai Ganti Windows Pada Tablet?

Diterbitkan pada Mei 5, 2010 oleh .

Walaupun ianya dimaklumkan yang mana Microsoft tidak akan lagi membangunkan tablet Courier mereka, ianya tidak bermakna mereka tidak lagi berminat pada dunia PC tablet, apabila kini ianya dilaporkan yang mana Microsoft sedang mengusahakan sesuatu dengan nama kod Menlo.

Menlo dikatakan merupakan salah satu sistem operasi yang sedang dibangunkan oleh Microsoft, yang mana dikatakan sebagai evolusi daripada Windows CE (Compact Edition). Windows CE sebelum ini adalah salah satu platform untuk gajet mudah-alih. Informasi berkaitan dengan Menlo masih kurang lagi buat masa ini.

Walaupun Menlo merupakan salah satu projek disebalik Microsoft Research, ianya masih tidak dapat dipastikan samaada ianya akan dikomersialkan ataupun tidak, memandangkan banyak teknologi yang dibangunkan pada Microsoft Research dihentikan pembangunannya ataupun diintegrasikan kepada pembangunan yang lain.


TIPS & ULASAN