P1 dan ZTE Bekerjasama Mengembangkan Liputan

P1 dan ZTE Bekerjasama Mengembangkan Liputan

Diterbitkan pada Mei 5, 2010 oleh .

Dalam usaha untuk memperluaskan liputan jaringan P1 WiMAX, kini Packet One Networks bekerjasama bersama dengan ZTE (Malaysia) Corporation Sdn Bhd dalam satu usahasama untuk mereka-bentuk, membina dan menyelenggara jaringan WiMAX 4G mereka.

Melalui perjanjian bernilai $76.8 juta itu, ianya memberikan peluang kepada ZTE Corporation untuk menyelenggara pembangunan fasa ketiga jaringan WiMAX 4G P1 WiMax. Ianya dijangka segala kerja-kerja yang dilaksanakan dibawaha usahasama ini akan mengambil masa sehingga 2 tahun untuk siap.

Pada masa yang sama, YTL dijangka akan memperkenalkan servis WiMAX mereka pada penghujung tahun ini, dengan mula menguji rangkaian mereka seawal bulan Jun atau Julai ini. Amax WiMAX juga sedang mengembangkan liputan mereka dibeberapa kawasan, selain REDtone yang membangunkan liputan WiMAX di sekitar Malaysia Timur.


TIPS & ULASAN