Cari @ Amanz

Dalam melahirkan pelajar yang inovatif dan berdaya saing di pasaran pembangunan aplikasi mudah-alih, kini Limkokwing University bekerjasama bersama-sama dengan Nokia untuk melatih pelajar Limkokwing dalam pembangunan aplikasi mudah-alih khas untuk Nokia.

Melalui perjanjian dan kerjasama selama 12 bulan ini, Nokia akan membantu dan Limkokwing akan membantu pelajar membangunkan aplikasi muda-alih dan widget untuk Nokia, serta aplikasi dan widget yang dibangunkan akan diperkenalkan kepada pasaran seluruh dunia melalui Ovi Stores milik Nokia.

Tambahan lagi, pada masa yang sama pelajar boleh menjana pendapatan sampingan, dimana 70% daripada pendapatan menerusi aplikasi milik mereka akan diberikan kepada pelajar, dan selebihnya, 30% akan dimiliki oleh Nokia. Pada masa yang sama, menerusi perjanjian permulaan selama 12 bulan ini, Limkokwing University akan menerima $15,000 sebagai ganjaran membantu Nokia dalam pembangunan aplikasi mudah-alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd