Spindex – Aggregator Sosial Anda

Spindex – Aggregator Sosial Anda

Diterbitkan pada Mei 5, 2010 oleh .

Hari ini, Microsoft mempersembahkan projek sosial terbaru mereka, iaitu Spindex yang mana dibangunkan dibawah FUSE Labs, salah satu kumpulan dibawah Microsoft yang mana mengkaji dan membangunkan beberapa aplikasi yang berkait rapat dengan web sosial pada masa sekarang.

Antara beberapa projek FUSE adalah termasuk pengintegrasian carian Twitter pada enjin carian Bing, serta Docs.com yang dilancarkan baru-baru ini, membolehkan para pengguna menggunakan fungsi mengedit dan membaca dokumen pada Facebook.

Berbalik kepada Spindex, ianya merupakan projek terbaru daripada FUSE, dimana ianya merupakan suatu aplikasi ringkas yang memperlihatkan anda kemaskini daripada pelbagai laman sosial terkemuka, termasuk Twitter, Facebook dan Bing. Menggunakan data penggunaan anda, Spindex kelak akan memperlihatkan topik terhangat peribadi anda, disamping menyediakan enjin carian peribadi untuk anda.

Buat masa ini, Spindex masih lagi boleh diakses oleh kesemua pengguna, dan mungkin akan diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN