Hanya Dua Versi Utama WordPress Mulai Tahun Hadapan

Hanya Dua Versi Utama WordPress Mulai Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Mei 5, 2010 oleh .

Selain daripada diketahui yang mana 8.5% daripada laman web menggunakan WordPress, Matt juga mengumumkan beberapa perkara penting pada WordCamp San Fransisco yang lalu. Salah satunya, adalah dimana WordPress akan dikeluarkan dua kali setahun mulai tahun hadapan.

WordPress buat masa ini, mempunyai kitar masa keluaran sehingga 3 versi utama baru setiap setahun, dan ianya dijangka berubah mulai tahun hadapan dimana hanya dua versi utama akan dikeluarkan. Pada masa yang sama, laman WordPress.org juga dikatakan akan direkabentuk semula dengan antaramuka yang serba baru, dan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

TwentyTen
Antaramuka Tema Blog Untuk WordPress 3.0

Untuk tahun ini, WordPress dijangka akan mengeluarkan tiga versi baru, iaitu WordPress 3.0, WordPress 3.1, dan juga WordPress 3.2. WordPress 3.0 yang dijangka akan dikeluarkan pada bulan ini akan membawakan beberapa fungsi baru, beserta dengan tema asas baru yang dikenali sebagai TwentyTen. WordPress 3.1 dijangka akan dilepaskan pada bulan Ogos 2010 dan diikuti WordPress 3.2 pada bulan November 2010.


TIPS & ULASAN