Cari @ Amanz

Google kini memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk yang baru untuk halaman utama mereka dan laman hasil carian, dimana ianya kini lebih menarik, dengan logo yang diberi sedikit nafas baru, selain navigasi pada sebelah kiri laman.

Mungkin para pengguna sudah pun perasan akan perubahan ini, dimana perubahan navigasi disebelah kiri laman hasil carian merupakan amat besar, dan senang dikenal-pasti. Navigasi terkini itu membawakan kombinasi tiga teknologi yang pernah diperkenalkan Google, termasuk Universal Search, Search Options panel dan juga Google Squared. Selain daripada navigasi, Google juga membawakan logo yang kini nampak lebih ceria dengan membawakan rekabentuk yang lebih moden berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd