Cari @ Amanz

Setelah membawakan Internet Explorer 9 Preview #1 sebelum ini, kini Microsoft maju setapak dengan menawarkan IE9 Preview #2, yang mana membawakan beberapa perubahan berbanding versi sebelumnya, dan kini sedia dimuat-turun di laman rasmi, IETestDrive.com.

Melalui versi Preview terbaru ini, Microsoft mengatakan yang mana Internet Explorer 9 telah dipertingkatkan dari segi prestasi, serta sokongan kepada HTML5 dipertingkatkan. Malah melalui ujian Acid3 yang dijalankan Microsoft, mereka mendapat skor 68/100, sera ujian SunSpider memperlihatkan peningkatakn yang amat besar berbanding Internet Explorer 8.

Antaramuka Internet Explorer 9?
Antaramuka Internet Explorer 9? [via]

Sebelum ini, ianya dilaporkan yang mana Microsoft kehilangan ramai pengguna Internet Explorer, membuatkan pegangan pasaran pelayar web mereka kini dibawah 60%. Mungkin Internet Explorer 9 yang bakal membawakan pelbagai perkara baru ini kelak akan mengubah dunia Internet Explorer. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd