P1 Wiggy Kini Menyokong Mac OS

P1 Wiggy Kini Menyokong Mac OS

Diterbitkan pada Mei 6, 2010 oleh .

Setelah sekian lama Wiggy USB WiMAX P1 menyokong sistem operasi Windows, kini Packet One mengumumkan sokongan Wiggy untuk sistem operasi Mac OS X iaitu Leporad dan juga Snow Leopard (10.5 dan juga 10.6), sekaligus membolehkan pengguna Mac boleh menggunakan Wiggy tanpa sebarang masalah.


P1 Wiggy [via]

Wiggy diperkenalkan oleh Packet One lebih kurang setahun yang lalu, dan kini, ianya telah pun mula menyokong Mac OS X, dan masih tiada sebarang maklumat berkaitan dengan sokongan untuk Linux. Pada masa yang sama, kini Wiggy turut menyokong Windows 7 32-bit dan juga 64-bit.

Selain daripada itu, Packet One turut mengumumkan beberapa pakej pasca-bayar untuk Packet One yang baru, iaitu RM59 untuk kelajuan sehingga 600Kbps, RM89 untuk kelajuan sehingga 1.5Mbps, dan juga RM129 untuk kelajuan sehingga 3Mbps.

Via : Star in Tech


TIPS & ULASAN