Apple Bakal Memudahkan Web Dengan Gianduia?

Apple Bakal Memudahkan Web Dengan Gianduia?

Diterbitkan pada Mei 8, 2010 oleh .

Sebelum ini, umum sedia ketahui yang mana Apple tidak menyokong Flash pada iPhone, dan ini membuatkan Adobe hanya menumpukan perhatian pada Android dan BlackBerry. Kini, Apple dikatakan sedang membangunkan framework untuk web untuk memudahkan penggunaan aplikasi yang diperkaya pada pelayar web.

Melalui Gianduia ini, ianya dikatakan bakal membolehkan para pembangun, membangunkan aplikasi yang diperkaya dengan pelbagai perkara tanpa perlu menggunakan sebarang plugin pelayar web. Ianya juga dikatakan akan menggunakan JavaScript dan juga Cocoa.

Sejak pengenalan HTML5, ianya sudah membawakan pelbagai perkara baru yang boleh disokong pada pelayar web tanpa menggunakan plugin pihak ketiga, dan pada masa yang sama, memberikan saingan kepada Flash dan Silverlight. Adakah mungkin Gianduia daripada Apple ini akan memberikan kesan yang serius kepada Adobe dan Microsoft?


TIPS & ULASAN