Facebook Bakal Mengintegrasikan Fungsi Lokasi

Facebook Bakal Mengintegrasikan Fungsi Lokasi

Diterbitkan pada Mei 8, 2010 oleh .

Kini, ianya dikatakan yang mana Facebook dalam usaha untuk memperkenalkan servis berdasarkan lokasi selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui samaada ianya akan berfungsi seperti pada Twitter atau FourSquare.

Melalui Twitter, sokongan lokasi telah diperkenalkan tidak lama dahulu, dimana setiap tweet yang dihantar diperlihatkan dari lokasi mana ianya dihantar, berbeza dengan FourSquare, yang lebih kepada fungsi seperti Check-In. Berkemungkinan besar, Facebook akan memperkenalkan fungsi lokasi seperti pada Twitter.

Namun begitu, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Facebook sehingga kini. Pada masa yang sama, Google Latitude dikatakan kini telah mencapai lebih 3 juta pengguna aktif seluruh dunia, yang mana hasil daripada pengintegrasiannya pada Android. Pada masa yang sama, kini FourSquare mempunyai lebih 1 juta pengguna aktif seluruh dunia.


TIPS & ULASAN